Berita Hari Ini

Malaysia Airlines galak penumpang tiba awal

MALAYSIA Airlines menggalakkan penumpang tiba awal untuk daftar masuk dan mencetak tag bagasi sendiri sebelum menyerahkannya di kaunter bagasi.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan ini berkata langkah itu bertujuan mengelakkan penumpang daripada beratur panjang di lapangan terbang semasa musim percutian akan datang.

“Mereka boleh memilih untuk mendaftar masuk melalui laman web di www.malaysiaairlines.com atau MHmobile di flymas.mobi yang dibuka 48 jam hingga 90 minit sebelum berlepas.

“Kaunter khas di B16 dan B17 disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penumpang yang memerlukan bantuan khas,” katanya.

Malaysia Airlines berkata pihaknya akan membuka kaunter daftar masuk tambahan di barisan G untuk penerbangan terpilih dari pukul 6.00 pagi hingga 9.30 pagi, berikutan jumlah penumpang yang dijangka memuncak sempena Hari Raya Aidiladha dan cuti sekolah.

–Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");