Berita Hari Ini

Malaysia kutuk pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk dan menggesa Korea Utara menghentikan pelancaran peluru berpandu balistik yang hanya mengancam keamanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa.

Wisma Putra berkata, tindakan Korea Utara adalah bertentangan dengan inisiatif dan rejim perlucutan serta ketakcambahan senjata nuklear di peringkat global.

Katanya, pelancaran peluru berpandu itu adalah satu bentuk pencabulan yang jelas bertentangan dengan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

“Malaysia kesal dengan insiden terbaru ini yang menjadi ancaman kepada keamanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa.

“Tindak-tanduk Korea Utara sejak beberapa tahun ini hanya meningkatkan lagi ketegangan serantau dan menghalang keamanan yang berkekalan di Semenanjung Korea serta dunia,” kata Wisma Putra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Isnin lalu, Korea Utara melancarkan tiga peluru berpandu balistik ke perairan Jepun sebagai tanda protes mesyuarat G20 yang berlangsung di China.

Pelancaran peluru berpandu mengenai sasaran pada jarak 200 ke 250 kilometer dari barat Hokkaido, Jepun itu dibuat selang beberapa jam selepas pemimpin Korea Selatan dan China mengadakan pertemuan di luar acara mesyuarat pemimpin dunia terbabit.

Pertemuan berkenaan membabitkan Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye dan Presiden China, Xi Jinping.

Justeru, Malaysia menggesa Korea Utara menghentikan pelancaran lanjut peluru berpandu dan mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan PBB bagi mengekalkan keamanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");