Jenayah

Maut terjatuh jambatan

SITIAWAN: Seorang lelaki ditemui maut selepas hilang hampir 12 jam dipercayai terjatuh dari Jambatan Permaisuri Bainun di sini, semalam.

Mangsa, Sek Sian Keong, 39, beralamat di Taman Damai Jaya, Ayer Tawar ditemui pasukan keselamatan kira-kira 20 meter dari tempat dia terjatuh pada jam 1 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 2.15 pagi.

Menurutnya, orang awam yang melalui jalan tersebut melihat seorang lelaki terjatuh dari jambatan tersebut namun apabila menghampiri kawasan berkenaan mangsa sudah tidak kelihatan di permukaan air.

“Kita turut menemui sebuah kereta dan kad pengenalan mangsa di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan ringkas semalam.

Beliau berkata, antara yang terlibat dalam operasi mencari termasuklah polis, anggota Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) Pulau Pangkor dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk dibedah siasat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");