Jenayah

Mayat lelaki tersangkut pada batu

Kuala Lumpur: Mayat lelaki reput ditemui tersangkut pada batu di Sungai Klang berhampiran Taman Angkasa Batu 6 1/2 Jalan Puchong di sini, jam 7.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bukit Jalil berjaya membawa naik mayat jam 8.30 pagi.

Menurutnya, pasukan forensik yang tiba di lokasi melakukan pemeriksaan mendapati mayat sudah membengkak dan berbau dipercayai berada di dalam sungai itu sejak dua hari lalu.

“Ketika ditemui, mangsa memakai baju T berwarna biru dan berseluar jeans.

“Bagaimanapun, identiti tidak diketahui berikutan tiada dokumen pengenalan diri ditemui,” katanya.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk dibedah siasat.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");