Sukan Hari Ini

Melaka mahu pesta awal

KEPUTUSAN seri sudah memadai buat Melaka United untuk mengesahkan kejuaraan awal Liga Perdana, musim ini.

Namun, bukan itu yang bermain dalam fikiran pengendalinya, Mat Zan Mat Aris menjelang pertemuan menentang Johor Darul Ta’zim II, di Stadium Hang Jebat, malam ini.

Mat Zan berkata, sudah pasti turun di hadapan penyokong sendiri kemenangan menjadi misi penting walaupun mereka hanya memerlukan satu mata untuk memastikan kejuaraan menjadi milik skuad Sang Kancil yang kini mempunyai kelebihan lapan mata berbanding pasukan lawan.

“Kami tak mahu lepas peluang ini dan sebolehnya kita mahu raikan kejuaraan awal.

“Jadi, saya harap pemain dapat gunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan beraksi cemerlang untuk menggembirakan ribuan penyokong yang akan menyaksikan perlawanan itu nanti,” katanya.

Mengulas mengenai kecederaan kapten Melaka United, Ilija Spasojevic yang mengalami patah tangan sebelum ini, Mat Zan berkata, semuanya bergantung atas nasihat doktor.

“Spaso memang bersemangat untuk kembali beraksi. Selain ingin mengekalkan kedudukan sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana, dia juga berkeinginan untuk membantu pasukan menjulang kejuaraan.

“Dia ada menyatakan keinginan untuk beraksi malam ini, namun semuanya harus mendapat nasihat doktor dahulu. Jika keadaannya benar-benar cergas untuk beraksi saya tidak keberatan menurunkannya malam ini,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");