Panasnya Hari Ini

MO1 Adalah Najib- Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dilapor telah mengesahkan bahawa ‘Malaysian Official 1’ (MO1) di dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan penyelewengan dana 1MDB adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan Sinar Harian, Abdul Rahman dilaporkan berkata, jika dibaca secara jelas dokumen tersebut ianya secara jelas merujuk kepada Perdana Menteri.

“Saya telah katakan secara terbuka. Jelas sekali jika kamu membaca dokumen berkenaan, ia adalah perdana menteri,”katanya, yang dipetik dari laporan BBC News.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, dalam isu itu, mahkamah perlu membuat keputusan kerana ada nama lain yang dinamakan sebagai MO1.

“Tetapi saya juga berkata, mengapa DOJ tidak menamakannya dengan nama yang betul. Ini kerana beliau bukan sebahagian daripada siasatan ini.

“Ada orang lain yang dinamakan… dan Jabatan Keadilan akan membawanya ke mahkamah dan mahkamah akan membuat keputusan,”katanya.

Dalam masa yang sama, Abdul Rahman berkata, Najib tidak perlu dipertanggungjawabkan di atas kegagalan syarikat pelaburan milik negara itu.

“Beliau telah bertanggungjawab dengan melantik pasukan baru di 1MDB.

“Tetapi hanya kerana sebilangan kecil NGO dan pembangkang yang mendesak supaya beliau mengosongkan kerusinya, beliau tidak seharusnya berbuat demikian. Itu adalah melampau,”katanya.

Sebelum ini DOJ tidak menamakan MO1 tetapi menyifatkannya sebagai pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini disiasat oleh pihak berkuasa Malaysia kerana mempunyai AS$681 juta di akaun bank peribadinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");