Isu Panas

Parti baharu: Bukan cabaran besar buat Umno

SHAH ALAM – Kemunculan parti-parti baru dilihat bakal menjadi pencabar kepada Umno beserta juga dengan parti yang sedia ada ini.

Persoalannya adalah adakah Umno masih lagi utuh untuk masa akan datang nanti?

Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, bahawa kewujudan parti baru ini tidak menjadi masalah asalkan rakyat masih mempercayai kewibawaan pemimpin.

“Sekiranya pemimpin masih mendapat kepercayaan rakyat, ia tidak akan menjadi satu masalah yang besar.

“Ia juga bergantung pada kewibawaan pemimpin tersebut dalam soal kepimpinan beliau. Sekiranya seseorang itu layak untuk memimpin, tidak ada salahnya jika diberi jawatan tersebut kepadanya,” katanya.

Terpulang pada rakyat

Tambahnya, pilihan raya adalah untuk rakyat membuat pilihan memilih pemimpin yang mereka rasakan layak untuk mewakili mereka.

“Semuanya terpulang kepada mereka serta faktor semasa yang pelbagai. Rakyat mempunyai hak untuk memilih.

“Dari hasil analisa perlihatkan bahawa Umno sudah banyak membawa kepada pertumbuhan pada negara dan rakyat, dari situ mereka sudah ada penyokong tegar,” katanya lagi.

Kekal relevan

Tambahnya lagi, sekiranya tiada pembangkang yang boleh menjadi alternatif terbaik untuk mentadbir, maka Umno masih kekal relevan untuk mentadbir.

“Jika dilihat, parti-parti yang sedia ada ini hanya sekadar memikirkan soal untuk mengalahkan parti kerajaan sahaja tanpa ada kerangka perubahan yang kukuh.

“Dengan pergolakan serta ketidakserasian sesama parti pembangkang juga dilihat sebagai satu petanda yang baik untuk menunjukkan mereka layak memerintah negara,” katanya lagi.

Belum ada parti yang menggugat

Menurutnya, setakat ini belum ada parti yang boleh menggugat status Umno sebagai pemerintah negara.

“Buat masa ini nama Umno masih lagi utuh di bawah BN untuk memerintah negara, mereka masih lagi dipercayai oleh rakyat.

“Namun, kedudukan Umno akan tergugat jika wujud parti yang benar-benar menjuarai kehidupan rakyat serta menambah baik keperluan rakyat semasa mereka,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");