Isu Panas

Pas gerak Gagasan Sejahtera

PASIR PUTEH – Pas Pasir Puteh menggerakkan Gagasan Sejahtera sebagai langkah bijaksana dalam menempuh landskap baharu politik menjelang PRU14.

Ketua Penerangannya, Zainuddin Awang Hamat berkata, gagasan itu menyaksikan Pas terus mendekati rakyat dan menangani isu politik secara berhemah.

Katanya, aktiviti turun padang diaktifkan bagi mengeratkan hubungan rakyat dengan pemimpin, selain memberi penerangan mengenai isu politik kepada pelbagai lapisan masyarakat.

“Pengundi terdedah dengan maklumat palsu atau tidak tepat melalui media sosial dan berisiko terpengaruh. Kita cuba berdepan dengan mereka dan beritahu kedudukan sebenar,” katanya.

Menurut Zainuddin, sikap pimpinan besar Pas khususnya Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggambarkan kematangan parti itu dalam berpolitik.

“Abdul Hadi yang merupakan tokoh bertaraf dunia, tidak menjawab kritikan bukan kerana beliau tidak ada jawapan, tapi memilih untuk berdiam diri kerana tokoh baru melontarkannya dengan emosi.

“Pas sentiasa buka ruang kepada golongan profesional memegang jawatan penting. Kita beri kepercayaan dan bertolak ansur,” katanya pada Program Ulang Tahun Keempat Medan Ilmu Dun Selising dan Kempen World #QuranHour di Selising, dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Penyelia Dun Selising, Nik Yusof Nik Abdullah berkata, kesedaran tinggi masyarakat untuk menambah ilmu agama, membolehkan Medan Ilmu Dun Selising bertahan sehingga sekarang.

Katanya, Pas Selising memainkan peranan penting dalam merakyatkan dasar Kerajaan Kelantan iaitu Membangun Bersama Islam kerana pembentukan masyarakat berilmu selari dengan dasar tersebut.

“Pada 11 September (esok), kita berkumpul dan baca al-Quran selama sejam di Medan Ilmu ini, yang menunjukkan komitmen kita dalam mengajak masyarakat membudaya amalan baca kitab suci itu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");