Sukan Hari Ini

Pemain Reds dapat semangat baharu

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp akui pemainnya mendapat semangat baharu untuk menentang Leicester City malam ini apabila akan menggunakan stadium sendiri pertama kali, musim ini.

The Reds secara rasminya bermain di laman sendiri kali pertama selepas kerja menaik taraf kerusi penonton siap sepenuhnya dengan penambahan sebanyak 8,500 menjadikan keseluruhan kapasiti berjumlah 54,000.

Projek yang menelan belanja AS$153 juta (RM621 juta) itu sebelum ini terpaksa menyaksikan Liverpool bermain di tempat lawan dalam tiga perlawanan awal musim ini dan mereka sekadar mengutip empat sepanjang tempoh berkenaan.

“Kami menjadi satu-satunya pasukan dalam liga yang mengharungi tiga perlawanan di tempat lawan.

“Malam esok (hari ini), kita akan beraksi di tempat sendiri dan ia akan menjadi kekuatan kepada kami.

“Jadi, saya harap pemain akan manfaatkannya,” kata Klopp.

Liverpool adalah dua daripada pasukan yang berjaya menewaskan Leicester musim lalu selain Arsenal dan Klopp percaya anak buahnya mampu mengekalkan rekod itu.

“Ini adalah tempat yang baik dan lawan yang hebat. Pasukan juara akan datang, kami akan meraikan mereka,” ujarnya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");