Sukan Hari Ini

Penerbangan percuma pemenang pingat

Bangkok: AirAsia hari ini meraikan kejayaan 21 atlet dari Asia Tenggara yang meraih pingat di temasya Olimpik Rio yang lalu dengan menghadiahkan penerbangan percuma kepada semua pemenang pingat dalam satu majlis yang di adakan di Bangkok, hari ini.

Tiket penerbangan percuma itu diberikan mengikut kategori dengan pemenang emas akan menerima tiket penerbangan seumur hidup manakala pemenang perak dan gangsa masing-masing menerima penerbangan percuma selama lima dan tiga tahun.

Turut berada dalam senarai pemenang adalah lapan atlet negara terdiri daripada Datuk Lee Chong Wei, Chan Peng Soon, Goh Liu Ying, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Cheong Jun Hoong, Pandelela Rinong dan Azizulhasni Awang.

Masing-masing menerima penerbangan percuma selama lima dan dua tahun ke seluruh 120 destinasi di dalam rangkaian meluas AirAsia dan AirAsia X di Asia, Australia, Timur Tengah dan Afrika.

Hadir sama dalam majlis itu adalah pemenang pingat perak acara 10m terjun seirama, Jun Hoong dan pemenang pingat gangsa acara berbasikal Azizulhasni.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata, beliau amat berbesar hati dapat memberi penerbangan percuma kepada semua atlet lelaki dan wanita yang meraih pingat di Olimpik kerana kejayaan mereka itu mampu memberikan inspirasi kepada atlet di rantau ini menerusi sukan.

“Sering kali, sukan tidak diendahkan di ASEAN tetapi pencapaian mereka menunjukkan bahawa kita boleh menjadi yang terbaik di dunia apabila kita tetapkan minda kita, bersama-sama dengan sokongan dan prasarana yang betul,” katanya.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");