Jenayah

Penganggur didakwa rogol anak tiri

KOTA TINGGI: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan merogol anak tirinya berusia 12 tahun di sebuah rumah dekat sini pada Mei lalu.

Lelaki berusia 38 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada Mei lalu, jam 2 petang di ruang tamu dalam rumah di sebuah kawasan perumahan di sini dan didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, penganggur itu boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 9 Oktober ini.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");