Membawang Hari Ini

Penghargaan untuk pendengar

Era FM Sarawak sentiasa memberikan hiburan terbaik buat pendengar dengan menganjurkan beberapa acara hiburan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Melalui pembabitan artis popular dalam dan luar negara, tahun ini Era FM Sarawak bakal menggegarkan pentas hiburan Bumi Kenyalang dengan menganjurkan Konsert ERA Rock Sarawak (KERS) di Padang Merdeka, Kuching, Sabtu ini bermula jam 8 malam.

Ia bakal menampilkan barisan artis rock popular tanah air seperti Mus MAY, Kristal, Akim & The Majistret, Hyper Act, Projector Band dan Sonar Instinct.

Gabungan artis rock ini turut melakar sejarah baru Era FM Sarawak sendiri kerana buat julung kalinya menganjurkan konsert berkonsepkan rock.

Ia juga bagi merakamkan penghargaan kepada mereka di atas sokongan yang diberikan sepanjang tahun terhadap stesen Era FM Sarawak.

Bukan saja menganjur konsert ini secara percuma, Era FM turut memberi peluang kepada peminat di Kuching untuk memenangi beberapa barangan eksklusif Era FM termasuk sebuah gitar yang ditandatangani artis sumbangan Lepo Music dengan menyertai beberapa kuiz ketika konsert berlangsung.

Selain itu, peminat juga boleh memenangi pas masuk Rockzone yang diberikan Skuad ERA Perodua.

Selain artis, konsert berkenaan turut dimeriahkan dengan penyampai radio Era FM Sarawak seperti Osha, Syazz, Afick, Firr dan Chopie.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");