Jenayah

Pengusaha air ketum ditahan

Alor Gajah: Seorang lelaki, 48, dipercayai pengusaha air ketum ditahan di rumahnya di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, di sini, semalam.

Tangkapan dibuat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Alor Gajah kira-kira jam 1 pagi itu, turut membawa kepada penemuan air ketum yang sudah dibotolkan serta serbuk dipercayai daun ketum yang sudah dikisar.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, suspek yang juga seorang buruh kasar, mempunyai rekod lampau membaitkan kesalahan sama.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 3.(3) Akta Racun 1952.

“Pemeriksaan di bahagian dapur menemui dua botol berisi air dipercayai ketum dengan sukatan 1.5 liter sebotol di atas rak di dapur, manakala sebuah peti sejuk jenama Sharp pula menyimpan 11 botol plastik dengan label jenama minuman soda, mengandungi cecair dipercayai ketum,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebuah lagi peti sejuk jenama LG ditemukan serbuk dipercayai bahan kisar daun ketum yang disimpan dalam sebuah bekas plastik berwarna kuning, jenama ais krim.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");