Isu Panas

Persempadanan semula sekat kemaraan pembangkang

KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu berkemungkinan hilang beberapa kerusi daripada 15 kerusi Dun yang dimenangi dalam PRU14 sekiranya persempadanan semula kawasan pilihan raya sebagaimana yang disyorkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diluluskan.

Adun Chukai, Hanafiah Mat berkata, cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu dilihat bertujuan menyekat kemaraan pembangkang di beberapa kerusi pada PRU akan datang memandangkan kebanyakan kawasan terlibat dengan persempadanan semula dibuat secara tidak adil, sebaliknya berpolitik dengan tujuan memenangkan BN.

Sebagaimana di Chukai katanya, cadangan persempadanan semula yang dibuat di kawasan terlibat dianggap pelik dan SPR dilihat tidak mengambil perkiraan berdasarkan faktor munasabah.

“Unit peti undi (UPU) Bakau Tinggi dalam Dun Chukai dipindahkan ke Bukit Kuang dalam Dun Kijal. Apa yang pelik, SPR kata persempadanan tertakluk kepada sungai tetapi UPU tersebut dipisahkan oleh sungai selebar kira-kira 400 meter. Ia adalah sungai besar yang merupakan tempat penyelenggaraan kapal.

“Begitu juga dengan UPU Bandar Baru Cheneh dalam Dun Air Putih dipindahkan ke Dun Chukai. Sedangkan jaraknya 25 kilometer dari bandar Chukai. Kalau hendak dikira UPU Mak Chili dan UPU Bukit Mentok lebih dekat dengan Dun Chukai. Kenapa dua UPU itu tidak dimasukkan dalam Dun Chukai?

“Ini menyebabkan wakil rakyat Chukai perlu melalui UPU dalam Dun lain terlebih dahulu untuk ke Bandar Baru Cheneh. Apa yang kita lihat, persempadanan ini, dari sudut geografinya tidak kena dan budayanya tidak kena kerana Chukai adalah bandar dan Cheneh adalah pedalaman, dari sudut mukim juga tidak kena, banyak benda tidak kena,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha III Pas Terengganu turut menyifatkan cadangan persempadanan semula tersebut telah menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan khusus dalam jumlah bilangan penduduk di satu-satu Dun.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");