Jenayah

Pesara kerajaan miliki bahagian kambing gurun ditahan

SEREMBAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menahan seorang lelaki di Rembau semalam yang dipercayai menghasilkan ubat tradisional menggunakan beberapa bahagian tubuh kambing gurun.

Pengarah PERHILITAN Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun, berkata perbuatan itu adalah suatu kesalahan kerana kambing gurun haiwan dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang dan hampir pupus di negara ini.

Katanya, pesara kerajaan itu ditahan dalam serbuan ke sebuah rumah di Lubok China berhampiran sempadan negeri ini dan Melaka.

“Anggota jabatan menemui beberapa bahagian haiwan itu dalam dua kotak plastik yang berisi minyak. Bahagian itu ialah dua kepala, 12 kaki dan sekeping kulit,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Katanya, nilai rampasan dalam kes itu adalah kira-kira RM100,000.

Wan Mat berkata, pemeriksaan mendapati lelaki berusia 60-an itu tidak mempunyai permit khas untuk menyimpan haiwan berkenaan dan kemudian ditahan untuk soal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Dia akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat. Kes disiasat mengikut Seksyen 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang jika sabit kesalahan boleh didenda antara RM100,000 hingga RM500,000 dengan penjara sehingga lima tahun,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");