Perak Hari Ini

Pesta Perpaduan Tanglung Tarik Pelbagai Lapisan Masyarakat

IPOH : Hampir 500 masyarakat pelbagai kaum hadir memeriahkan Pesta Perpaduan Tanglung yang diadakan di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina), Tasek, di sini, malam tadi.

Orang ramai yang hadir turut dihadiahkan tanglung pelbagai warna sebelum berarak beramai-ramai mengelilingi kawasan perumahan di kawasan berkenaan.

Pesta Perpaduan Tanglung itu dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ipoh, Persatuan Wanita Cina Perak, Persatuan Soka Gakkai Malaysia Perak dan 25 badan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

12

Majlis tersebut dirasmikan oleh Exco kerajaan negerix Datuk Drs Mohammad Nizar Zakaria dan turut dihadiri oleh Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin dan Presiden MACMA Malaysia, Profesor Dr Taufiq Yap Yun Hin.

Nizar dalam ucapan perasmiannya berkata, majlis dan pesta seperti ini memberikan nilai-nilai kebersamaan antara masyarakat.

“Dalam kehidupan kita ini, sudah pasti kita inginkan perkara-perkara yang baik dan elok bagi mendatangkan kebahagiaan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara kita.

3

“Walaupun kita tinggal di negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan etnik, namun saya yakin kita semua inginkan perkara-perkara yang indah dalam kehidupan kita ini,”katanya.

Oleh itu, katanya, sifat kasih sayang perlu ditunjukkan sesama masyarakat tanpa mengira kaum dan latarbelakang.

“Tetapi dalam masa yang sama, kita dituntut untuk menjaga nilai sensitiviti kerana kita diberikan ruang dan kesempatan tinggal di negara bertuah ini.

1

“Melalui persatuan-persatuan yang ada, diharapkan ianya dapat memupuk semangat perpaduan selain daripada dapat menyemarakkan teras dan mencapai kehidupan yang harmoni untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat dan negara,”katanya.

Pesta tanglung diadakan bersempena dengan perayaan kuih bulan yang jatuh pada hari ke-15 bulan ke lapan dalam kalendar Cina.

11

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");