Sukan Hari Ini

PFAM bawa ATM ke mahkamah

PERSATUAN Pemain Profesional Bola Sepak Malaysia (PFAM) mengesahkan sudah membawa isu tunggakan gaji pemain Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke mahkamah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Izham Ismail berkata, pihaknya menunggu keputusan mahkamah berharap perkara itu dapat diselesaikan segera.

“Tunggakan gaji lebih 10 pemain ATM setakat ini masih belum lagi dijelaskan dan kami sudah pun bawa perkara ini ke mahkamah.

“Apa yang boleh saya katakan perkara ini sudah berlanjutan begitu lama, namun pihak ATM masih gagal melunaskan tunggakan ini menyebabkan kami terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya.

Tambah Izham lagi, buat masa ini hanya kes berkaitan ATM sahaja yang belum diselesaikan dan pihaknya belum lagi menerima laporan baharu daripada pemain berkaitan tunggakan gaji.

“Selepas masalah gaji lima pemain Kelantan sebelum ini sudah dilunaskan, hanya kes melibatkan ATM sahaja yang belum selesai,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");