Perak Hari Ini

Qi City Mampu Ransang Ekonomi Di Meru Raya

IPOH:IPOH:Pembangunan Qi City meliputi ekosistem yang disediakan bagi pertumbuhan di kawasan ini akan dapat meransang ekonomi buat Bandaraya Meru juga negeri ini secara amnya.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, pembangunan bercampur yang melibatkan universiti, hospital,hotel serta kediaman kondominium itu merupakan satu kawasan pertumbuhan baharu terletak di Meru Raya Ipoh.

peraktoday3

“Keseluruhan pembangunan oleh Green Venture Capital (GVC) adalah difahamkan sebanyak RM1.2 bilion dan jangkaan pembinaannya akan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan,” katanya.

Katanya, pembinaan hospital di kawasan tersebut juga dijangka mampu membantu orang ramai selain memenuhi keperluan semasa untuk kemudahan rawatan kesihatan.

“Kemudahan katil rawatan di hospital ini dijangka disediakan sebanyak 800 buah katil iaitu 600 untuk keperluan awam dan 200 lagi untuk swasta dan modul ini adalah usaha bagi menampung keperluan rawatan kini yang semakin bertambah,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas majlis pecah tanah projek pembangunan Qi City di Bandar Meru Raya di sini hari ini.

Turut hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri SK Devamany.

peraktoday2

Sementara itu menurut Pengarah Eksekutif QI Group, Datuk Vijay Eswaran pemilihan Ipoh sebagai lokasi pembinaan Qi City berikutan beliau merupakan anak kelahiran Perak.

“Saya percaya dengan kebolehan Ipoh begitu juga pentadbiran kerajaan di Perak yang telah berkerjasama selama ini dan persekitaran ini adalah cukup baik untuk masa depan Perak,” katanya.

Tambahnya lagi, pembinaan Qi City melibatkan empat fokus utama iaitu universiti, hospital, dewan konvensyen, pusat membeli-belah, hotel dan kondominium yang dijangka siap dalam tempoh masa dua tahun.

Bagi pembinaan kemudahan hospital jelasnya ia menggunakan pengurusan Hospital Universiti Malaya yang menyediakan kemudahan buat orang awam juga pihak swasta.

peraktoday

Meliput kawasan seluas 26 ekar, projek bernilai RM1.2 bilion ini meliputi pembangunan campuran merupakan sebuah bandar pendidikan serta pembinaan kediaman dan bangunan komersial pertama seumpamanya di Malaysia yang dibangunkan oleh Green Ventures Capital (GVC) anak syarikat Warisan Qi Properties Group (WQIP).

Pembinaan bakal melibatkan hospital pendidikan dengan kapasiti 800 katil, kampus Quest International University Perak (QIUP), tiga blok kondominium dengan 768 unit pangsapuri, kedai runcit pusat konvensyen yang dijangka mampu menampung sehingga 1500 orang dan hotel dengan kemudahan sebanyak 460 bilik.

peraktoday1

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");