Sukan Hari Ini

Ranieri Mahukan Macia

CLAUDIO Ranieri menggesa Leicester melantik bekas pencari bakat Liverpool, Eduardo Macia sebagai stafnya.

Macia dari Sepanyol bakal menggantikan Steve Walsh yang akan berhijrah ke Everton sebagai pengarah sukan kelab berkenaan.

Macia, 42, merupakan individu bertanggungjawab membawa Fernando Torres , Javier Mascherano dan Raheem Sterling ke Liverpool.

Menariknya, pencari bakat berpengalaman itu dijangka dilantik ke jawatan tersebut sebelum Walsh meninggalkan Leicester.

Ranieri merupakan rakan baik Macia dan mereka pernah bekerjasama ketika mencapai kejayaan di Valencia.

Macia dibebaskan oleh Real Betis pada April tahun lalu selepas setahun menandatangani kontrak empat tahun.

Kumpulan pencari bakat Leicester juga antara yang terbaik apabila dapat membawa pemain seperti Riyad Mahrez dan N’Golo Kante kepada kelab tersebut. – Daily Mirror/mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");