Panasnya Hari Ini

Roboh Tugu Helang Tak Jadikan Melayu Lebih Islam – Tun M

KUALA LUMPUR : Merobohkan Tugu Helang di Langkawi tidak akan mejadikan orang Islam lebih Islam, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, umat Islam di zaman ini lebih bijak dan tidak akan menyembah lukisan atau tugu kerana mereka tahu ia bukan tuhan.

“Umat Islam zaman ini lebih bijak. Mereka tidak akan menyembah lukisan atau tugu. Mereka tahu ia bukan tuhan,”katanya menerusi catatan di blognya semalam.

Terdahulu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata pembinaan tugu adalah haram selepas timbalannya, Zamri Hashim mempersoalkan kewajaran mengekalkan tugu helang yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi.

Tun Mahathir turut menyatakan keyakinan beliau bahawa umat Islam tidak akan menyembah tugu helang tersebut.

“Bila mana umat Islam meletakkan kayu colok dan melutut di hadapan tugu helang di Langkawi, maka pada hari itu mereka perlu diberitahu yang mereka tidak menuruti Islam.

“Sehingga kini, tidak ada orang Islam yang bersembahyang atau menyembah tugu helang di Langkawi. Merobohkannya tidak menjadikan orang Melayu lebih Islam,”tegasnya.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir berkata, pendirian Islam mengenai tugu dan patung juga perlu dilihat dalam konteks yang berbeza.

Ujarnya, beliau masih ingat sewaktu zaman kanak-kanak ketika orang Melayu melarang permainan anak patung.

“Tetapi apabila industri permainan kanak-kanak berkembang, anak patung pula tidak diharamkan,”katanya.

Tambahnya lagi, larangan Islam itu hanya terhadap ukiran yang dibina dengan niat menyembahnya sebagai tuhan dan disebabkan itu, seni Islam adalah berlandaskan geometri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");