Berita Hari Ini

Salur khidmat bakti sama rata

SEREMBAN – Pemimpin setiap pertubuhan dan juga persatuan dinasihatkan tidak perlu terlalu bersikap eksklusif dengan menumpukan kepada khidmat bakti dalam kalangan ahli sahaja, tetapi sebaliknya perlu sama memberikan khidmat bakti kepada masyarakat setempat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sebagai seorang pemimpin di dalam pertubuhan mahupun persatuan, khidmat bakti itu perlu secara menyeluruh.

“Dalam keadaan yang kita semua mesti bersatu, pemimpin juga perlu menawarkan khidmat bakti kepada masyarakat setempat dan jangan terlampau eksklusif dalam kalangan ahli sahaja.

“Pada masa sama, sikap beramanah perlu ada dalam diri pemimpin dalam kita menguruskan persatuan mahupun pertubuhan yang dinaungi,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Badan kebajikan Warga Usia Emas dan Badan Khairat Kematian Kariah Masjid Jamik Rantau di Dewan Kompleks Pusat Islam Rantau di sini, semalam.

Mohamad berkata, beliau mahu melihat setiap pertubuhan dan persatuan dapat berfungsi dan diuruskan dengan baik oleh kepimpinan.

Dalam perkembangan lain, Mohamad turut mahu setiap ketua-ketua kampung membantu dalam mendaftarkan golongan muda untuk menjadi pengundi di Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Ketua kampung perlu sama-sama membantu anak muda kita ini, kerana golongan berkenaan kadang-kadang ada berfikiran perkara itu tidak penting,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");