Jenayah

Seorang bakal guru maut, dua lagi parah di LPT2

KEMAMAN: Hasrat tiga bakal guru untuk menyambut Aidiladha di kampung halaman tidak kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan di Km265, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), di sini petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira 3.40 petang itu, Nik Haikal Amir Hassan, 20, maut di tempat kejadian manakala dua rakannya Muhammad Amin Ahmad Saifuddin dan Mohd Bashsyir Bukhari masing-masing berusia 20 tahun cedera parah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Normansah Din ketika dihubungi Bernama berkata kejadian berlaku ketika ketiga-tiga pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat itu dalam perjalanan ke Kelantan.

Katanya nahas itu dipercayai berlaku selepas kereta jenis Perodua Kenari yang dipandu Nik Haikal dipercayai terbabas sebelum merempuh besi penghadang jalan.

Susulan rempuhan itu menyebabkan Nik Haikal tercampak ke tengah jalan manakala dua rakannya terperangkap di dalam kenderaan sebelum dibantu oleh orang ramai.

Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala dua yang parah turut menerima rawatan di hospital sama, katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");