Sukan Hari Ini

Simeone komited bersama Atletico

Barcelona: Jurulatih Atletico Madrid Diego Simeone (gambar) mengesahkan komitmennya kepada kelab itu apabila menjelaskan beliau mahu mengemudi mereka beraksi di stadium baharu pada 2017.

Simeone masih mempunyai kontrak bersama Atletico hingga 2020 namun masa depannya diragui Mei lalu, sebaik selepas kekalahan pasukannya kepada Real Madrid menerusi penentuan penalti pada final Liga Juara-Juara.

Jurulatih dari Argentina itu menyatakan beliau membuat komen dalam keadaan kecewa ketika itu sekalipun percakapan mengenai masa depannya sekali lagi timbul berikutan permulaan hambar pasukannya musim ini.

Atletico seri dua aksi pertama dalam kempen La Liga dengan kelab pendatang baharu Alaves dan Leganes dan kini ketinggalan empat mata di belakang pasukan pilihan Barcelona dan Real Madrid.

Simeone bagaimanapun mengulangi komitmennya kepada kelab itu, yang dijangka berpindah dari Vicente Calderon ke stadium baharu dengan jumlah kapasiti 67,000 di pinggir ibu negara Sepanyol itu pada Ogos tahun depan.

“Kami mempunyai stadium cantik, kami akan berpindah tahun depan dan saya harap akan berada di sana,” jelas Simeone selepas pelancaran autobigrafinya bertajuk ‘Believe’.

“Apabila saya hadir di sini saya amat optimis mengenai kelab ini dan ia kekal hingga ke hari ini, itulah sebabnya saya berada di sini.

“Saya masih telus dan kami harap dapat bekerja keras serta membaiki permulaan kami musim ini, tapi selain itu saya gembira.”

Simeone adalah jurulatih paling lama berkhidmat dalam La Liga apabila mengambil alih Atletico pada Disember 2011. – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");