Jenayah

Solat Tahajud selamat nyawa nenek

Klang: Niat seorang warga emas bangun untuk menunaikan solat Tahajud menyelamatkan nyawanya apabila rumah didiami musnah dalam kebakaran di Jalan Bukit Kerang, Kampung Tok Muda di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa Marwiyah Sarum, 78, yang tinggal bersendirian sempat keluar selepas melihat api marak memusnahkan rumahnya.

Kebakaran disedari jiran sebelum cuba memadamkan api dan menyelamatkan barangan berharga, namun gagal sebelum menghubungi talian kecemasan untuk tindakan lanjut.

Ketua Balai Bomba Sungai Pinang Penolong Kanan Penguasa Bomba Zaidi Ahtan berkata, pihaknya ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 3.10 pagi.

Menurutnya, pihaknya turut menerima bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dan tugas pemadaman mencabar berikutan masalah tekanan air rendah termasuk menggunakan kaedah dua pancutan air bagi memadamkan kebakaran.

“Struktur rumah yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar turut mengakibatkan kediaman mangsa musnah 100 peratus. Wanita warga emas itu berjaya menyelamatkan diri kerana keluar terlebih dulu sebelum api semakin marak.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai tinggal keseorangan, namun anak-anaknya pulang menziarahinya pada cuti hujung minggu,” katanya memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian sebenar masih dalam siasatan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");