Sukan Hari Ini

Southampton Kejutkan Tuan Rumah West Ham 3-0

SOUTHAMPTON mengejutkan pasukan tuan rumah West Ham United untuk mencuri kemenangan 3-0 dalam pertandingan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium Olimpiade London, malam Ahad.

Charlie Austin berjaya membawa ‘The Saints’ menceroboh gawang lawan pada minit ke-40 hasil umpan pemain sayap kiri Ryan Bertrand.

Gol tersebut merupakan gol kelima Austin dalam tujuh penampilan bersama Southampton musim ini.

Di babak kedua, pasukan tetamu menambah dua lagi gol.

Gol kedua Southampton hadir menerusi Dusan Tadic pada minit ke-62.

West Ham kemudian dilihat berupaya untuk menyumbat masuk gol dan menggegarkan depan gawang pasukan tetamu, malangnya nasib tidak menyebelahi mereka.

Pengadil juga enggan juga tidak memberikan sepakan penalti buat West Ham yang menganggap Bertrand menahan bola daripada Payet dengan tangan pada minit 73.

Sebaliknya, Southampton menambah gol ketiga menerusi James Ward-Prowse yang baharu masuk pada minit ke-79, pada masa kecederaan.

West Ham yang setakat ini mengalami lima kekalahan dan sekali menang berada di zon merah, posisi ke-18.

Kedudukan ini dilihat mengancam kedudukan pengurus Slaven Bilic yang mengeluarkan dana cukup besar untuk perpindahan musim panas lalu.

Sementara itu, tambahan tiga mata membawa Southampton naik ke posisi ke-9.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");