Sukan Hari Ini

Super KIP makin pantas di San Marino

KUALA LUMPUR: Khairul Idham Pawi menunjukkan peningkatan catatan masa yang lebih positif pada sesi latihan bebas kedua Grand Prix (GP) San Marino, semalam.

Mengakui masih belajar mengenai selok belok di Litar Misano, juara GP Argentina dan Jerman itu mempamerkan peningkatan pada sesi berkenaan dengan catatan sepusingan terbaik 1 minit 45.130 saat berbanding 1’46.527s pada sesi latihan bebas pertama sebelum itu.

“Saya tidak mengetahui sirkit ini, jadi saya memberi tumpuan untuk mempelajari selok belok trek ini di sesi latihan bebas pertama.

“Pada sesi kedua, kami menukar pelarasan di bahagian depan. Saya dapat rasakan lebih baik dan motosikal lebih stabil di selekoh.

“Namun masih banyak ruang untuk penambahbaikan. Saya akan belajar lebih banyak mengenai trek ini esok (hari ini), selepas itu saya akan pergi dengan lebih pantas,” kata pelumba pasukan Honda Team Asia itu.

Sesi kelayakan Moto3 dijadual berlangsung pada jam 6.35 petang ini selepas sesi latihan bebas ketiga kelas berkenaan membuka saingan hari kedua pada jam 3 petang.

Untuk rekod, Khairul Idham atau dikenali sebagai Super KIP sudah mengumpul 54 mata untuk berada di tangga ke-12 keseluruhan selepas 12 perlumbaan musim 2016.

Jadual GP San Marino Hari ini:

Sesi latihan bebas 3 Moto3, 3ptg-3.40ptg

Sesi latihan bebas 3 MotoGP, 3.55ptg-4.40ptg

Sesi latihan bebas 3 Moto2, 4.55ptg-5.40ptg

Kelayakan Moto3, 6.35ptg-7.15ptg

Sesi latihan bebas 4 MotoGP, 7.30ptg-8mlm

Kelayakan MotoGP 1, 8.10mlm-8.25mlm

Kelayakan MotoGP 2, 8.35mlm-8.50mlm

Kelayakan Moto2, 9.05mlm-9.50mlm

*Waktu Malaysia

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");