Berita Hari Ini

Tahniah Ustaz Abdullah Fahmi

Sepang: Pensyarah al Quran di Jabatan Al Quran Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kelantan, Ustaz Abdullah Fahmi Che Nor, 32, dinobatkan johan Pertandingan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa Moscow, Rusia kali ke-17 yang berlangsung dari 22 hingga 25 September lalu.

Abdullah Fahmi yang juga peserta Majis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 mengenepikan 30 peserta lain sekali gus membawa pulang wang tunai RM20,000 (USD5,000), plak penghargaan dan sijil.

Lebih manis, kejayaan diraih Abdullah Fahmi itu adalah pencapaian tertinggi oleh wakil negara sepanjang 17 penganjuran pertandingan tilawah al Quran berkenaan.

Abdullah Fahmi ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini berkata, ia kejayaan manis buat dirinya dan rakyat Malaysia kerana saingannya bukan calang-calag kerana terpaksa bersaing dengan peserta dari Arab Saudi; Iraq; Bahrain, Iran dan Indonesia.

“Ini kali pertama saya meraih johan dalam pertandingan tilawah al Quran. Sebelum ini, saya mendapat tempat kelima pada Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan 2016,” katanya.

Majlis penyampaian hadiah berlangsung di Crocus City Hall, Moscow pada 25 September lalu oleh Pengerusi Majlis Mufti Rusia dan Persekutuan Muslim dan Kerohanian Rusia, Sheikh Ravil Gaynutdin.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");