Panasnya Hari Ini

Tak Sukar Bekerjasama Jika Pembebasan Anwar Jadi Pra Syarat

KUALA LUMPUR : Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jika persetujuan dapat dicapai untuk menjadikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pra syarat, maka tidak sukar untuk pembangkang membentuk kerajaan bersama.

Ujarnya, beliau tidak melihat ada kebarangkalian kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membebaskan bekas ketua pembangkang itu.

“Saya rasa amat kasihan apa yang ditanggung Anwar. Sama ada betul atau tidak betul, terserah kepada Allah. Kita terkilan beliau meringkuk dalam penjara.

“Ada yang tanya saya boleh ke bebaskan Anwar? Saya lihat slogan ‘Bebas rakyat, bebas Anwar’ dilaungkan. Bebaskan rakyat menerusi sistem pilihan raya, maka jika ada pimpinan baharu daripada kita, kita bersama akan fikirkan nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika kita bersetuju itu pra syarat pentingnya, tidak sukar untuk kita bersama membentuk kerajaan baharu kelak,”kata Muhyiddin, memetik laporan Free Malaysia Today.

Muhyiddin yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri turut berkata, beliau mengharapkan agar PPBM serta pakatan pembangkang diberikan mandate untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara menerusi kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab.

“Nak selesaikan masalah kena tukar kerajaan dan semua pemimpim BN perlu diturunkan. Saya tidak akan balik semula kepada UMNO kerana UMNO kini dikaitkan dengan budaya tidak elok, korupsi, sekatan sana sini buat rakyat takut.

“Kita perlu wujudkan barisan ‘people front’, rakyat perlu berada di barisan hadapan selain semua parti politik pembangkang ke arah mewujudkan barisan kukuh dan bertanding satu lawan satu,”tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata, PPBM perlu berbincang dengan semua parti pembangkang untuk mencari satu manifesto bersama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");