Jenayah

Tak timbul terus

Sitiawan: Seorang lelaki dipercayai membunuh diri dengan terjun ke dalam Sungai Dinding dari Jambatan Raja Permaisuri Bainun, di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 39 tahun dilihat jatuh ke laut dari jambatan berkenaan oleh orang awam pada jam 2.15 pagi dan pihak berkuasa yang mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan berjaya mengesannya 12 jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui pada jam 1 tengah hari kira-kira 20 meter dari tempat dia jatuh.

“Siasatan mendapati sebuah kereta ditinggalkan berhampiran jambatan berkenaan dan pemeriksaan menemui kad pengenalan lelaki itu di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital untu bedah siasat,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan Mohd Zaki Zainol yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.18 pagi sebelum sepasukan anggota dan pegawai ke tempat kejadian.

Menurutnya, orang awam ternampak lelaki terbabit jatuh dari jambatan itu, namun apabila mereka ke tempat kejadian, dia tidak kelihatan di permukaan sungai yang dianggarkan sedalam enam meter.

“Operasi membabitkan pasukan bomba dari BBP Pangkor, polis, penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");