Kuala Lumpur: Pemain skuasy wanita negara Low Wee Wern menepati ramalan apabila memenangi pingat emas Kejohanan Skuasy Universiti Dunia (WUSC) selepas menewaskan wakil Hong Kong, Tong Tsz Wing 11-3, 8-11, 11-3, 11-8 pada aksi final di Pusat Skuasy Nasional, hari ini.
Wee Wern yang diletakkan selaku pilihan pertama kejohanan, memerlukan masa 49 minit untuk menewaskan lawannya itu.
Kejayaan itu juga bermakna, Wee Wern menamatkan penantian selama 10 tahun untuk Malaysia memenangi acara individu wanita selepas kali terakhir dimenangi Lim Yoke Wah di Hungary pada 2006.
Sementara itu, dalam acara lelaki, wakil negara Ivan Yuen sekadar meraih perak selepas tewas 3-11, 9-11, 4-11 kepada Yip Tsz Fung dari Hong Kong.-harian metro
Komen & Pendapat