Sukan Hari Ini

Terbuka AS: Kerber Mara Ke Final, Rampas Gelaran No.1 Dunia

PEMAIN No.1 dunia yang baharu, Angelique Kerber menumpaskan Caroline Wozniacki dari Denmark 6- 6-3 untuk mara ke final Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.

Kerber akan bertemu pemain pilihan ke-10 kejohanan, Karolina Pliskova pada pertembungan final itu nanti.

Kemenangan pada aksi separuh akhir pagi Jumaat, membolehkan Kerber merampas ranking terbaik dunia daripada Serena Williams.

“Ini amat bermakna kepada saya. Maksud saya, apabila saya masih kecil, saya sentiasa impikan untuk menjadi No.1,” kata Kerber.

Serena yang tersingkir di pusingan separuh akhir akur dengan ranking terbaharu itu.

“Saya okay. Saya tidak berada pada tahap 100 peratus terbaik tapi saya okay.

“Tiada apa yang perlu dikomen lebih-lebih. Saya bersikap positif hari ini dan itu tidak normal. Saya haya perlu mengharunginya,” kata Serena.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");