Jenayah

Tersepit sejam dalam kereta

Balik Pulau: Seorang lelaki menahan kesakitan akibat tersepit hampir satu jam selepas kereta dipandunya terbabas dan merempuh lori di Jalan Bukit Genting, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa berusia 20-an dalam perjalanan dari Balik Pulau menuju Teluk Kumbar, di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Azman Hussin berkata, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan 45 minit kemudian.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian jam 1.17 tengah hari dan tiba di lokasi lapan minit kemudian.

“Sebaik tiba, kami mengeluarkan pemandu tersepit manakala pemandu lori didapati tidak cedera,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");