Sukan Hari Ini

Tiada masalah tanpa Safiq

KETIADAAN Safiq Rahim tidak akan menjejaskan rentak permainan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila berdepan kelab India, Bengaluru dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFC di Stadium Larkin, malam ini.

Safiq terpaksa melupakan perlawanan selepas digantung selepas mengutip dua kad kuning.

Pemain tengah JDT, Harris Harun berkata, pasukannya sentiasa mempunyai pelan sokongan dan beberapa lagi pemain berkualiti untuk mengisi kekosongan peranan tersebut walaupun tanpa Safiq.

“Kami mempunyai pelbagai pemain lain yang baik seperti Amirul Hadi Zainal dan Gary Robbat, masing-masing telah mempamerkan aksi baik dalam perlawanan sebelum ini.

“Di JDT, persaingan sihat antara pemain adalah sangat digalakkan kerana ia memberi banyak pilihan kepada jurulatih untuk memilih pemain tersebut layak atau pun tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan,” katanya.

Dalam pada itu, pemain kebangsaan Singapura itu turut memberitahu rakan sepasukannya akan memberikan fokus terbaik pada perlawanan tersebut untuk memastikan mereka mempunyai kelebihan sebelum aksi timbal balik di India bulan depan.

“Ia adalah satu penghormatan kepada kami untuk menjuarai Liga Super tiga tahun berturut-turut.

“Tetapi ia tidak akan lengkap jika Piala AFC tidak kembali ke Johor. Jadi saya amat harap kesemua pemain akan beraksi sebaik mungkin untuk meraih kemenangan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");