Isu Panas

Tiada pilihan raya awal Selangor

SHAH ALAM: Usul persempadanan semula yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) minggu lalu perlu respons yang seimbang dan jitu bagi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di samping hak demokrasi pengundi.

Selaras dengan kenyataan yang dibuat beberapa bulan lalu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan bahawa tidak ada rancangan untuk pilihan raya awal di Selangor.

Menurut kenyataan media dikeluarkan Pengarah Komunikasi Strategik di pejabat Datuk Menteri Besar, Yin Shao Loong, beliau bertegas mahu mandat rakyat perlu dihormati.

“Mandat diserahkan kepada Kerajaan Selangor oleh pengundi dalam pilihan raya 2013 yang perlu dihormati dan tidak boleh diketepikan untuk kepentingan politik.

“Adalah lebih baik semua ahli politik menyokong usaha Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk memudahkan pengundi melaksanakan hak-hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan membantah persempadanan semula yang dicadangkan oleh SPR,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, Mohamed Azmin turut meninjau langkah-langkah undang-undang lain yang boleh dilaksanakan untuk mendukung Perlembagaan dan prinsip demokrasi.

“Ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Demokrasi boleh dan perlu dipertahankan oleh rakyat.

“Pengundi perlu menyuarakan pendapat mereka kepada SPR. Kerajaan Selangor akan membuat segala usaha untuk menyokong dan menegakkan hak-hak demokratik,” katanya.

Cadangan persempadanan semula SPR melibatkan 128 kawasan Parlimen, dan boleh dibantah kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pengundi dalam kelompok 100 orang, sebelum 15 Oktober.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");