Berita Hari Ini

Transit aliran ringan perlu undang-undang baharu

SHAH ALAM – Kerajaan perlu mewujudkan undang-undang khusus mengenai transit aliran ringan supaya kecuaian dan kelalaian dalam penyelenggaraan dapat dielakkan.

Ini kerana menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim, kegagalan penyediaan pengangkutan awam yang kurang memuaskan boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan itu.

“Kita tidak menolak sebarang kemungkinan yang boleh berlaku seperti mendatangkan bahaya kepada penumpang sekalipun kecederaan. Mungkin pihak kerajaan perlu merujuk kembali akta pengangkutan awam darat 2010 agar pengangkutan awam ini boleh ditambah baik.

“Kemungkinan kerosakan yang berlaku mungkin tidak dapat dijangka oleh pihak penyedia perkhidmatan pengangkutan awam. Namun meminimumkan kemungkinan kerosakan adalah menjadi tanggungjawab pihak penyedia perkhidmatan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai insiden kelewatan transit aliran ringan yang berlaku semalam, Irmohizam berkata, syarikat pengangkutan awam itu perlu menyemak semula ‘standard operating procedur’ (SOP) bagi meminimumkan kemungkinan kerosakan yang dijangka mahupun tidak dapat dijangka.

“Jika benar faktor bekalan kuasa menjadi punca terjejasnya sistem pengangkutan LRT ini, maka kajian dan tindakan penyelesaian perlu diambil dengan segera.

“Tindakan Rapid Rail Sdn. Bhd yang bertungkus lumus dalam memulihkan semula sistem perkhidmatan ini adalah satu usaha yang baik disamping memulangkan semula bayaran tambang selain perkhidmatan percuma. Namun, apa yang masih penting ialah kepercayaan orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan awam sepenuhnya,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");