Membawang Hari Ini

Trofi FFM28 hadiah pertunangan Falisha Crossley

KUALA LUMPUR: Pelakon, Falisha Crossley menyifatkan kejayaannya menjulang trofi Pelakon Baharu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28), minggu lalu sebagai hadiah terindah sempena pertunangannya.

Falisha,31, yang memenangi anugerah itu menerusi lakonannya dalam filem Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit melangsungkan pertunangannya dengan jejaka pilihan, Rafiq di kampung halamannya di Kuching, Sarawak pada 27 Ogos lalu.

Menurut Falisha, majlis yang pada mulanya bertujuan untuk merisik namun bertukar menjadi acara pertunangan pada saat akhir atas persetujuan kedua-dua keluarga.

“Selepas mendapat persetujuan keluarga saya, Rafiq bersama keluarganya berkunjung ke Kuching untuk acara merisik. Tetapi, tidak sangka pula ia akhirnya bertukar menjadi majlis pertunangan.

“Adat merisik di Sarawak disertai dengan acara berbalas dulang, jadi keluarga sepakat supaya kami melangsungkan saja majlis pertunangan.

Pada majlis itu, keluarga bakal suami menyerahkan lima dulang berbalas enam dan saya menggayakan busana berwarna hijau.

“Insya-Allah, mengikut perancangan, kami bakal diijabkabulkan pada awal tahun hadapan dan saya berdoa, niat suci kami ini dipermudahkan,” katanya.

Falisha berkata, kesungguhan yang ditunjukkan jejaka itu menambahkan keyakinannya untuk mendirikan rumah tangga.

“Kami mula berkenalan pada tahun lalu menerusi kawan. Sejak itu, kami mulai rapat. Baru-baru ini, tunangan saya menyatakan hasratnya untuk melamar.

“Saya memintanya supaya terlebih dulu, memohon restu ibu dan bapa saya sebelum kami melangkah ke fasa baharu hubungan.

“Tunang saya tidak berkecimpung dalam bidang hiburan namun begitu memahami kerjaya saya. Sikap bertanggungjawab, matang dan kepimpinan yang ada pada dirinya menguatkan hati saya untuk memilihnya sebagai bakal suami,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");