Perak Hari Ini

TUDM Galak Penyertaan Kaum Cina, India

IPOH:Pelbagai kaum khususnya Cina dan India digalakkan untuk menyertai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Roslan Saad berkata ia berikutan masih terdapat kekurangan dari segi pengambilan bangsa tersebut dalam TUDM.

“Saya berharap kaum lain berminat bagi menyertai Angkatan Tentera Udara supaya bersama-sama bekerjasama dalam usaha untuk memastikan keselamatan negara.

2

Katanya sehingga kini kurang daripada 10 peratus penyertaan daripada kaum lain yang mana dalam TUDM sendiri mempunyai pelbagai bidang dan teknologi yang menarik untuk diceburi.

“Saya berharap penambahan sekitar 20 peratus dan terus meningkat dari masa ke semasa yang membuka ruang lebih ramai penyertaan oleh semua.

“Kita mempunyai radar, pembaikpulih enjin dan pelbagai teknologi komputer yang unik untuk diterokai jadi saya menggalakkan penyertaan semua,” katanya dalam satu sidang media sejurus selepas menghadiri Perbarisan persaraan Asisten Ketua Staf  Tadbir, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Tarmizi Elias di Institut Latihan Tentera Udara (ILU) di sini hari ini.

6

Pada masa yang sama beliau turut berkongsi pengalamannya semasa menyertai TUDM sekitar tahun 70-an yang mana masih banyak penyertaan daripada bangsa lain, bagaimanapun ia semakin berkurangan.

Dalam perkembangan lain, beliau turut berkata TUDM akan memantau keadaan semasa dan sentiasa bersiap sedia bagi menyalurkan bantuan dalam sebarang kejadian bencana yang berlaku.

“Bagi menghadapi banjir, TUDM mempunyai perancangan tersendiri dan setiap tahun ada bahagian tertentu mengenai aset dan peralatan bagi lokasi yang terjejas akibat banjir,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");