Isu Panas

Tujuh prinsip Umno untuk kekal relevan

BATU PAHAT – Umno perlu mengamalkan tujuh prinsip penting untuk kekal relevan, sekali gus memastikan survival parti keramat itu,? kata Bendahari Agung Umno, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata tujuh prinsip itu perlu diamalkan bagi menentukan kekuatan parti dalam Menghadapi saingan politik di negara ini.

Salleh yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata tujuh prinsip itu ialah perjuangan, jangan berpecah, kena ada ketua, kerja berpasukan, mempunyai dasar parti yang jelas dan selari dengan rakyat, pendekatan yang sesuai dan berani serta bijaksana.

“Tujuh prinsip ini merupakan formula yang terbaik bagi menentukan kekuatan parti dalam menghadapi saingan politik dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Sri Gading di sini, hari ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");