Panasnya Hari Ini

Tun M Dakwa Malaysia Kini Negara Tanpa Undang-Undang

KUALA LUMPUR : Malaysia pada masa kini tidak lagi mengamalkan kedaulatan undang-undang, sebaliknya menjadi sebuah negara tanpa undang-undang.

Bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa dengan adanya Majlis Keselamatan Negara (MKN), undang-undang ditangguhkan termasuk pemansuhan inkues mengenai kematian.

Menerusi catatan di blognya, Tun Mahathir berkata, undang-undang pada dasarnya digubal demi keselamatan, kehidupan yang baik dan kesejahteraan.

“Untuk membolehkan undang-undang melakukan semua ini, kerajaan perlu mentadbir dengan sewajarnya. Kerajaan yang dipilih perlu buat dengan baik.

“Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ialah kerajaan menyalahgunakan undang-undang. Ia tidak lagi menyediakan persekitaran yang baik,”katanya.

Ujarnya lagi, walaupun terdapat undang-undang yang membenarkan rakyat mengkritik kerajaan, tetapi kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang ahli partinya, penjawat awam dan media dari mengkritik kerajaan.

“Tindakan diambil untuk membuang mereka dari jawatan, memindahkan mereka, diturunkan pangkat, mengganggu mereka dan rakan serta memaksa untuk bersara awal,”katanya.

Dalam artikel terbarunya itu juga, Tun Mahathir turut mendakwa, pihak polis tidak menjalankan siasatan penuh mengenai sumber wang RM2.6 bilion di dalam akaun bank peribadi milik Najib.

“Tetapi kita mendengar bahawa peguam negara mendakwa Najib tidak bersalah kerana dia kata dia tidak bersalaha.

“Jika ini mencukupi, maka semua orang yang didakwa kerana tindakan jenayah hanya perlu kata mereka tidak bersalah,”ujarnya.

Ujarnya lagi, peguam negara juga bersalah kerana lalai dalam menjalankan tugas.

“Akta Rahsia Rasmi (OSA) tidak diguna pakai untuk jenayah dalam pejabat. Malah tugas pegawai untuk melaporkan sebarang tindakan jenayah yang dilakukan sesiapa dalam kerajaan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");