Isu Panas

Tun Mahathir akui parti pembangkang tidak sehaluan

SEREMBAN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar, baru-baru ini, sebagai kebetulan.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu itu mengakui, ketika itu, parti pembangkang tidak sehaluan hingga menyebabkan mereka sanggup berlawan sesama sendiri.

“Jika pembangkang dengan pembangkang mahu terus berlawan sesama sendiri, ia akan menjadi susah dan sukar untuk menang. Sepatutnya semua pembangkang bersatu dan bekerjasama, termasuk PAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Bicara Rakyat Bersatu sempena Jelajah Selamatkan Malaysia di Ampangan, di sini, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Presiden Parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mahathir dan Muhyiddin ketika berucap terus memainkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kepemimpinan Perdana Menteri dan memburukkan menteri kabinet bagi menarik perhatian orang ramai.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");