Sukan Hari Ini

United akhiri badi kekalahan

JOSE Mourinho akhirnya dapat tidur lena apabila berjaya mengelak empat kekalahan berturut-turut selepas Manchester United mengatasi pasukan tidak ternama, Northampton Town, 3-1, dalam saingan aksi Piala Liga Inggeris, awal pagi semalam.

Dalam perlawanan itu, Michael Carrick meletakkan United di hadapan pada minit ke-17, bagaimanapun tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan menerusi Alex Revell yang tenang menyempurnakan penalti m-42.

United bagaimanapun kembali di hadapan menerusi jaringan Ander Herrera m-68, sebelum Marcus Rashford mengesahkan kemenangan The Red Devils 15 minit sebelum perlawanan ditamatkan.

Menurut Herrera, kemenangan tersebut memberi aura positif menjelang pertemuan Liga Perdana menentang Leicester City, hujung minggu ini.

“Walaupun mengalami prestasi buruk akhir-akhir ini, kami akhirnya berjaya menamatkan badi kekalahan.

“Nyata lawan kami tidak memberikan laluan mudah untuk kami, tetapi saya gembira kami dapat bangkit di separuh masa kedua untuk mencipta dua gol.

“Sudah tentu kemenangan ini amat penting untuk menaikkan semula keyakinan kami. Diharapkan pertemuan dengan Leicester City nanti kami dapat beraksi lebih baik lagi untuk meneruskan rentak kemenangan,” katanya.

Kemenangan itu menjamin laluan United ke pusingan keempat bertemu musuh setempat, Manchester City.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");