Sukan Hari Ini

Vida terkilan prestasi TRW

PENAJA utama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman melahirkan rasa kecewa dengan prestasi pemain pasukan itu, sekali gus memberi bayangan tidak lagi berminat menaja pasukan berkenaan.

“Sebagai penaja utama, sudah tentu harapan dan impian saya nak tengok pasukan yang bagus dan dalam masa yang sama mengheret produk saya untuk menjadi semuanya bagus juga tetapi, sebaliknya.

“Jadi saya kena berbincang dengan Tan Sri Annuar Musa tentang kedudukan status saya sebagai penaja, semestinya saya nak pulangan, bukan sekadar nama bukan sekadar hanya cakap besar, dan bukan sekadar nama sampai kelangit tapi produk tah ke mana,” katanya ketika hadir pada majlis perasmian pejabat operasi Chengal Jati.com, di Sri Petaling, Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama Annuar Musa dan Datuk Shaari Hassan yang juga selaku penaja utama pasukan tersebut.

Beliau lebih dikenali Datuk Vida juga kesal kerana penyokong pasukan itu tidak turut menyokong produknya.

“Saya dapat nama, dapat sokongan dari segi penjenamaan Pamoga Qu Puteh, tapi sejujurnya kalangan peminat bola sepak tidak menyokong membeli produk saya itu yang saya agak kecewa juga.

“Ya, anda sokong bola tapi apa sumbangan sokongan itu selain beli tiket?,” soalnya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");