Sukan Hari Ini

Wenger persoal tindakan Sanchez

PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger mempersoalkan tindakan Alexis Sanchez yang mengambil sepakan penalti ketika perlawanan menentang Hull City di Stadium KCOM, kelmarin.

Menurutnya, Sanchez bukan pemain yang ditugaskan mengambil sepakan penalti berkenaan sebaliknya Santi Cazorla.

Kegagalan Sanchez menyempurnakan sepakan penalti apabila diselamatkan penjaga gol The Tigers nyata mengundang kemarahan Wenger.

Nasib kegagalan penalti tersebut tidak memberikan kesan kepada Arsenal apabila The Gunners menang 4-1 ke atas tuan rumah.

“Cazorla patutnya ambil penalti. Saya tidak tahu mengapa terjadi begini. Saya ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya dan tidak mahu perkara ini berulang,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");