Berita Hari Ini

Zika: Larangan sekolah lawat Singapura, Filipina

KOTA TINGGI – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan agar semua sekolah di seluruh negara tidak mengadakan lawatan belajar ke Singapura dan Filipina buat sementara waktu bagi mengelakkan penyebaran virus Zika.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, arahan itu dikeluarkan ketika Mesyuarat Profesional KPM bertarikh 1 Sept 2016 yang menyebut sekolah tidak dibenarkan mengadakan lawatan sambil belajar ke negara yang dikenal pasti ada jangkitan virus Zika.

“Kita telah membuat larangan dan beri surat kepada semua jabatan, pejabat pendidikan daerah (PPD) dan sekolah supaya kalau boleh lawatan-lawatan ke Singapura dan Filipina pada waktu ini ditangguhkan sebab virus Zika yang sedang dialami negara berkenaan,” kata beliau kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab, di sini hari ini.

Beliau berkata, arahan larangan itu berkuat kuasa serta-merta dan akan diteruskan sehingga Kementerian Kesihatan dapat memberi laporan terkini mengenai virus Zika.

Menurutnya, dalam larangan itu turut dinyatakan kesan-kesan virus Zika terhadap kanak-kanak dan ibu mengandung supaya dapat memberi penerangan kepada semua.?

Mahdzir berkata demikian ketika mengulas mengenai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang mengeluarkan arahan agar sekolah-sekolah di negeri itu tidak mengadakan lawatan ke negara-negara berkenaan.

Selain itu, memandangkan cuti sekolah akan tiba, KPM juga mengarahkan agar pihak pengurusan sekolah memastikan kebersihan kawasan sekitar sekolah terpelihara daripada menjadi pembiakan nyamuk Aedes.

“Kita juga keluarkan pekeliling arahan kepada semua kawasan zon persekolahan dan PPD supaya dibuat pembersihan sama ada oleh syarikat ataupun dalam bentuk gotong-royong bersama ibu bapa supaya sekolah-sekolah tidak menjadi sarang nyamuk Aedes,” katanya, yang sebelum itu merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Tenggara.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");