Jenayah

4 lelaki ditahan, dadah RM26,700 dirampas

BESUT: Polis menahan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM26,700 dalam serbuan di dua lokasi berasingan di daerah ini pada Rabu dan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, serbuan pertama jam 8.30 pagi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Besut di sebuah premis di Jalan Alor Lintang, di sini yang membawa kepada tangkapan dua suspek lelaki.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek pertama berusia 22 tahun yang sedang duduk di atas katil dalam sebuah bilik dan hasil pemeriksaan dalam bilik tersebut, polis menemui 1,378 pil dipercayai dadah jenis methampertamine (pil kuda) berada di tempat berasingan bernilai RM13,000.

“Polis kemudiannya berjaya menahan seorang lagi suspek berusia 36 tahun dipercayai rakan serumah suspek pertama di bahagian luar rumah yang disewa mereka itu.

“Dua buah kereta masing-masing jenis Proton Perdana dan Honda Civic bernilai RM45,000 dan sebuah motosikal Honda EX5 dianggarkan bernilai RM3,000 dipercayai milik suspek turut disita,” katanya kepada pemberita semalam.

Mohd Zamri berkata, saringan awal air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah pil kuda dan suspek pertama juga didapati mempunyai empat rekod lampau dadah dan jenayah lampu.

Menurutnya, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Rabu ini dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori.

Kata beliau lagi, serbuan kedua jam 6 petang Sabtu lalu membabitkan rampasan dadah dipercayai pil kuda sebanyak 301 biji dan 15 peket disyaki dadah jenis syabu bernilai RM13,700 di sebuah rumah di Kampung Awek, Hulu Besut.

Mohd Zamri memberitahu lagi, dua suspek berjaya ditahan di hadapan pintu rumah tersebut dan menemui dadah berkenaan pada badan kedua-dua suspek.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");