Perak Hari Ini

500 Hadir Sambutan 50 Tahun Felcra Peringkat Wilayah Perak

IPOH: Hampir 500 orang terdiri daripada pegawai, kakitangan dan peserta Felcra Berhad di seluruh negeri ini telah menghadiri Majlis sambutan 50 tahun Felcra Berhad Peringkat Wilayah Perak.

Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Amanjaya dekat Casuarina @Meru di sini, hari ini turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan, Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Ketua Pegawai Operasi Felcra Berhad, Zainal Abidin Shariff.

3

Zainal dalam ucapannya berkata, Felcra Berhad akan berwajah baharu selepas 50 tahun dengan mengetumakan tiga fokus utama yang sudah dirancang dan disusun kemas oleh pihaknya.

“Antara yang diberikan fokus adalah pemerkasaan sektor perladangan yang bakal menjadi lebih besar dan pemerkasaan sektor pembangunan hartanah yang akan menjadi sumber perolehan utama syarikat.

“Selain itu, kita juga akan mengutamakan pemerkasaan sektor agri bisnes yang merupakan aktiviti perniagaan baharu yang berkaitan dengan perladangan,” katanya.

4

Ujarnya lagi, keutamaan akan terus diberikan kepada warga peserta dalam semua aspek pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh pihak Felcra meskipun sudah mencapai 50 tahun ianya ditubuhkan.

Terdahulu, pada majlis tersebut, Saarani telah memotong pulut kuning sebagai simbolik kepada sambutan 50 tahun Felcra Berhad Peringkat Wilayah Perak.

Beliau turut menyampaikan anugerah Tokoh Peserta Felcra Berhad Wilayah Perak kepada Jebat Din, 63.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");