Panasnya Hari Ini

“Adakah RM91,666,666 juta nak bina landasan emas?”

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan peruntukkan sebanyak RM55 bilion untuk membina projek keretapi baharu iaitu East Coast Railway Line (ECRL) sepanjang 600 kilometer dari Port Klang ke Tumpat, Kelantan dalam Bajet 2017.

Mahfuz mendakwa, dengan jumlah itu, ianya bersamaan dengan RM91,666,666 untuk satu kilometer.

“Yang peliknya, adakah Kabinet telah berfikir dan berbincang secara mendalam kos pembinaan projek sebelum dimasukkan dalam bajet tahun 2017.

“Adakah RM91,666,666 juta nak bina landasan emas?”soalnya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Mahfuz turut berkata, pada 26 Julai 2016, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menafikan laporan Sarawak Report yang mengatakan Putrajaya mahu meningkat sekali ganda kos pembinaan Projek EXRL dari RM30 bilion kepada RM60 bilion dan Kabinet masih belum berbincang tentang perkara itu.

“Jika bulan Julai 2016 Kabinet belum bincang, mengapa tiba-tiba bulan Oktober 2016 boleh dimasukkan dalam Bajet 2017 dengan harga RM55 bilion, hampir menyamai apa yang didakwa oleh Sarawak Report berjumlah RM60 bilion.

“Kebiasaannya jika tidak salah, bulan Jun adalah ‘dateline’ untuk permohonan bagi dimasukkan bajet,”kata Mahfuz.

Berikutan itu, beliau mencadangkan agar satu Jawatankuasa Khas dibawah Parlimen perlu dibentuk untuk meneliti kemunasabahan kos projek tersebut.

“Ini bagi memastikan tiada ketirisan dan kebocoran yang akan berlaku dalam menguruskan perbelanjaan wang rakyat.

“Jawatankuasa Khas ini juga boleh bertindak untuk memastikan wang rakyat yang digunakan untuk setiap projek awam benar-benar telus dan bebas dari unsur-unsur rasuah, penyelewengan, pemborosan dan pembaziran,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");