Jenayah

Ajal motosikal terbabas

Kepala Batas: Juruteknik pendingin hawa berusia 30-an maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan di Kilometer 120 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini, 7.45 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Suhairi Abu Hassan menunggang motosikal Yamaha dari pekan ini untuk ke tempat kerja di bahagian pulau.

Ketika sampai di tempat kejadian mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum motosikalnya terbabas atas jalan.

Beberapa pemandu kenderaan yang tidak sempat mengelak turut melanggar mangsa.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dalaman dan dihantar ke Hospital Kepala Batas.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");