Sukan Hari Ini

‘Aksi menakjubkan Die Mannschaft’

Berlin: Jurulatih Jerman Joachim Loew (gambar) mahukan aksi yang sama untuk kelayakan Piala Dunia berikutnya menentang Ireland Utara awal pagi Rabu ini berikutan kejayaan pasukannya membenam Republik Czech.

Thomas Mueller menjaringkan dua gol manakala Toni Kroos turut menyumbang jaringan apabila Jerman mendominasi Republik Czech dengan kemenangan 3-0, awal pagi semalam.

Ia satu aksi menakjubkan daripada skuad tuan rumah di Hamburg dan jaringan itu sepatutnya lebih besar ketika percubaan Julian Draxler, Mario Goetze dan Mueller tersasar.

Kini Loew mahu aksi sama ketika menentang Ireland Utara di Hanover untuk mengekalkan rekod mereka dan kekal di puncak Kumpulan C.

“Kami perlukan kesungguhan yang sama, larian yang sama dan ketepatan yang sama dalam hantaran kami,” kata Loew.

Ketua jurulatih Jerman itu menjangkakan skuad Ireland Utara yang menewaskan skuad kerdil San Marino 4-0 di Belfast dalam kumpulan sama semalam, akan lebih berwaspada berbanding Republik Czech.

“Mereka (Czech) cuba mengganggu permainan kami, jadi kami perlu memberikan aksi yang sama tahapnya untuk berjaya menewaskan Ireland,” kata Loew.

“Anda boleh lihat selepas sejam kami berjaya mengucar-ngacirkan pasukan lawan.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");