Membawang Hari Ini

Alif Satar gerun kendali ASK 2016

KUALA LUMPUR: Penyanyi, pelakon dan hos popular, Alif Satar, mengaku gerun mengendalikan Anugerah Skrin (ASK) 2016 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 November depan.

Alif berkata, ASK adalah antara majlis pengiktirafan berprestij, yang disaksikan berjuta-juta penonton dan dia perlu bersedia menggalas amanah menjadi hos.

“Peluang ini saya anggap sebagai penghormatan dan kepercayaan TV3 terhadap kebolehan saya mengendalikan acara mega seperti ASK.

“Saya teruja menanti detik itu,” katanya selepas majlis pengumuman hos dan pengacara bersama ASK 2016, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Fiza Sabjahan, Sarimah Ibrahim, Haiza, Ajak Shiro, Mira Filzah, Ammar, Issey Fazlisham, Azrel Ismail dan Puteri Aishah, diumumkan sebagai pengacara bersama majlis berprestij berkenaan.

Alif berkata, ASK 2016 membawa nostalgia berikutan kerjayanya sebagai pengacara bermula di TV3 apabila mengendalikan program Remaja pada usia 17 tahun pada 2007.

ASK 2016 mempertaruhkan 32 kategori, termasuk drama yang menyaksikan 13 kategori selain filem tujuh kategori serta masing-masing enam kategori bagi penerbitan dalaman dan teknikal.

ASK 2016 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 pada jam 9 malam.

-BH online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");